-
Mini Karnival Memperkasakan Ekonomi Melalui Koperasi
IR. HASNI MOHAMMAD (dua dari kanan) melihat produk yang dihasikan oleh sebuah koperasi semasa merasmikan Mini Kanival Memperkasakan Ekonomi melalui Koperasi di Dewan Jubl Intan Sultan Ibrahim.
Semasa merasmikan Karnival Mini tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengalakkan orangramai khasnya penduduk luar bandar menyertai koperasi bagi menambah sumber pendapatan dan meningkatkan ekonomi keluarga untuk jangka masa panjang.
Beliau turut mencadangkan supaya koperasi-koperasi boleh bergabung bagi mengukuhkan sumber kewangan serta menarik lebih ramai ahli dengan menjalankan kegiatan ekonomi yang lebih besar dan menarik.
Sebenarnya, peranan ahli koperasi tidak terbatas kepada sumbangan modal dalam bentuk kewangan semata-mata malah perlu menyumbang buah fikiran serta idea bernas dalam usaha memperkasa koperasi.
Beliau juga berkata setiap koperasi perlu diurus tadbir dengan baik bagi meningkatkan keyakinan ahli-ahli terhadap pengurusan koperasi. Koperasi yang diuruskan dengan baik dan mengamalkan budaya keusahawanan mampu berjaya dalam sektor ekonomi setanding pihak swasta sekali gus dapat menjulang ekonomi orang Melayu.
Koperasi bukan sekadar platform terbaik untuk mengumpul dana bertujuan penglibatan dalam aktiviti perniagaan yang mampu meningkatkan ekonomi orang Melayu, sebaliknya sebagai satu badan yang dapat meningkatkan pegangan hartanah orang Melayu di negeri ini.
Dasar Koperasi Kebangsaan menyasarkan sumbangan koperasi kepada pendapatan negara sebanyak RM50 bilion setahun menjelang tahun 2020. Untuk membolehkan koperasi menyumbang lebih kepada keluaran dalam negara kasar, koperasi perlu meningkatkan kecekapan tadbir urus, penggabungan koperasi/aktiviti dan ekonomi berskala besar, jaringan kerjasama, aplikasi teknologi moden dan akses kepada sumber kewangan.
August 17, 2015 / admin / Comments Off on Mini Karnival Memperkasakan Ekonomi Melalui Koperasi
Categories: Berita Koperasi
Comments are currently closed.