-
Apa Itu Koperasi
Manfaat Menjadi Ahli Koperasi
Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya. Biasanya koperasi menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan untuk ahli-ahli. Modal perniagaan datang dari caruman setiap ahli. Keuntungan daripada perniagaan akan dibahagikan kepada anggota-anggota dalam bentuk dividen.
Selain daripada dividen, anggota-anggota koperasi juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan rebat perbelanjaan pendidikan anak-anak.
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia.
Pentadbiran Koperasi
Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. Seorang Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat berdasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak.
Panduan Menubuhkan Koperasi
Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.
August 16, 2015 / admin / Comments Off on Apa Itu Koperasi
Categories: Institusi
Elaun Yang Diambilkira Semakan Kelayakan Mini Karnival Memperkasakan Ekonomi Melalui Koperasi
Comments are currently closed.